PORT DICKSON – Setelah sekian lama bebas mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja miskin serta yatim piatu seramai 83 orang supaya melakukan jualan amal hingga lewat malam setiap hari, sebuah pusat tahfiz di sini diserbu pihak berkuasa kelmarin.
Serbuan ke atas pusat yang terletak di Ambang Kota, Lukut itu dibuat selepas orang ramai mengadu tidak tahan lagi melihat pelajar terbabit dipaksa menjual peralatan ibadah, buku, minyak angin dan kismis tanpa sebarang upah.
Ketika pengusaha pusat tahfiz itu lena tidur, kanak-kanak terbabit terpaksa tidur beralaskan lantai simen setelah kepenatan ‘bekerja’ atas alasan ia adalah sebahagian kurikulum keusahawanan pusat tahfiz tersebut.
Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkata, siasatan mendapati kanak-kanak tersebut dibawa dengan kenderaan ke beberapa lokasi sekitar Port Dickson, Seremban, Nilai dan lain-lain tempat untuk menjual barangan tanpa sebarang upah.
Assalammualaikum n Salam Sejahtera
Isu ni dah lama ...lama sgt. Aku pun pelik la takde ke pihak2 yg sepatutnye amik tindakan pada Mangkuk hayun ni dari dulu lagi, serius kesian aku tgk budak2 tu. Time mereka2 berkeliaran di shopping2 komplek, stesen minyak...budak2 lain g sekolah....padahal itu yg sepatutnye rutin budak2 ni. Aku paling benci org guna agama utk kepentingan tempolok sendiri...secara tak langsung mangkuk besi ni merosakan nama Pusat2 Tahfiz yg telus.Sial punya worang.
Kalau betulla org2 yg bertopengkan agama ni nak tolong budak2 ni, kenapa tak korang sendiri yg pergi menjual ke minta sedekah ke?kadang2 aku tgk sampai lewat malam budak2 ni berkeliaran stesen minyak. Woi ni budak2...perlukan rehat secukupnye, perlukan pendidikan.DAh la ko paksa buat kerja, upah tak kasi, tidur plak atas lantai. Memang bangsat betul la.
Pernah aku tanya sorang budak yg buat keje ni, seminggu berapa kali buat keje ni, budak tu jawap hari2 menjual.Gile ape bila nak belajar , bila masanye nak rehat. Aku harap mereka yg tidak betanggungjawap ni di tangkap segera supaya budak2 ni dpt diselamatkan demi mase depan budak2 ni. Dan harap sgt pihak berkuasa mengenakan hukuman berat kepada setan2 ni.
sekian terimas.........
No comments:
Post a Comment